Friday, November 26, 2010

Minda yang bermanfaat.( puisi )

Salam semua.

Minda yang hidup.
Sentiasa berfikir,
berfikir dan berfikir bertali arus.
berkembang dan melebar umpama payung yang sedang digunakan.

Minda yang bermanfaat,
minda yang sentiasa memikirkan kebaikan dan kebajikan,
sentiasa menyandarkan dirinya kepada Keesaan dan Kekuasaan Allah,
tersirat di dalamnya prinsip yang kukuh dan kental,
minda yang mengatur bukan diatur.
memacu bukan dipacu.
disalut idea bukan pak turut.

Minda yang lalai
minda yang berkembang tanpa acuan.
minda yang syok sendiri tanpa memikirkan ummah.
minda yang tidak mengenali Tuhan.
minda yang sesat tetapi terasa dirinya hebat.
minda yang
jahilnya tersusun dan berlapis .
minda yang sombong dan angkuh.

Minda yang berjaya.
minda yang kenal Allah tentang wahdaniah-Nya.
tentang kesempurnaan sifat-Nya.
tentang iradah, qadar dan kada'-Nya.
minda yang tahu matlamat hidupnya.
rendah diri dan tunduk kepada Penciptnya.
sujud dan menyerah diri kepada pencipta diriya.

Minda yang redza dan bertaqwa .
hidupnya bak payung, melindungi panas dan hujan.
selamat dan bahagia berada di bawahnya.
sentiasa menunjuk jalan ke arah kebenaran dan kesejahteraan.


2 comments:

NaqeebLukhman said...

salam Pak Ngah...
saya makan kismis minda jer
selalu huhuhu

Leenoh said...

W.salam Naqeeb.
Dah lama tidak bersua, bagus juga makan kismis, Pak Ngah pun makan kismis yang selalunya dibeli dari pemborong Iran...kawasan di belakang SMK.Teknik Shah Alam.Jalan Batu Tiga.Kismisnya bersaiz besar...