Monday, January 11, 2010

Bayar Saman Trafik.

Salam semua.

Di antara jam 10.00 - 11.00 pagi ini saya ke Pejabat Polis Bahagian Trafik untuk bayar saman perangkap laju yang berlaku hampir setahun yang lalu. surat saman baru diterima beberapa minggu yang lalu.

Denda yang dikenakan sebanyak RM400,00 iaitu untuk dua saman, saya rasa agak banyak juga denda tersebut, rupa-rupanya ada juga pemandu yang kena beberapa kali perangkap laju ini, salah seorang yang sempat berbual dengan saya katanya beliau terpaksa b
ayar sebanyak lebih RM2000.00 + ( Dua ribu lebih sahaja) dan seorang anggota polis yang berbaris membuat semakan bersama saya, beliau kena tujuh saman, bayangkan RM200/ x 7 yang mesti dibayar tetapi beliau anggota polis mungkin ada jalan untuk mendapat diskaun.

Saya meminta supaya dikurangkan, kata pegawai polis wanita tersebut kadar RM200/ itu telah dikurangkan, baya
ran denda asal ialah RM300/...wallahu aklam.

Dalam perjalanan jauh biasanya kita akan memandu laju dan kekadang terlupa pandang kedudukan meter kelajuan semasa, hajat di hati tidak mahu memandu melebihi had laju yang ditetapkan kerana kelekaan maka terperangkap juga dengan perangkap laju.

Sebenarnya saman ini bukanlah saya yang kena tetapi orang lain, saya cuma pergi melunaskan sahaja, Bagi diri saya belum pernah lagi kena saman atas sebab memandu dan atas sebab apapun.

Sebaik sahaja keluar dari kawasan Balai Polis Kluang saya pun tangkap gambar masjid ini sebagai kenangan. Kini untuk ke bahagian trafik menggunakan laluan pintu kecil di belakang bangunan kerana laluan ini lebih dekat dengan bahagian trafik., sebab itu apabila keluar dan pandang sahaja ke kanan terus terlihat bangunan masjid di atas.Kelihatan sangat cantik dan ceria, kalau dapat snap jarak dekat sudah tentu akan kelihatan lebih cantik lagi, tidak dapat berbuat demikian kerana saya ada urusan lain yang lebih mustahak.

Mungkin cikgu/ustaz ingin membacanya.

Lee Noh

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Entri ini diposkan khas untuk guru-guru yang memerlukan panduan kursus motivasi, Kertas Kerja ini petikan daripada kertas kerja yang telah lalu dan telah dibuat beberapa pindaan serta penyesuaian bagi kegunaan Kursus Kepimpinan Pengawas ( Kursus Ringkas ). Dipetik dari lama...



Sekian.Wassalam.

10 comments:

YB said...

Salam Leenoh,

Saya masih simpan lagi, 3 saman RM900. Mana nak gagau. Peliknya kat highway tak pernah kena. Yg kena semua kat jalan biasa. 60KM. Tension.

Leenoh said...

Salam YB.

Salah satu pendapatan negara..hahaha. tapi kita yang akan botak...nampaknya lain kati kena berhati-hati.
3 saman RM600. saja kot, sebab tadi saya bayar utk dua sama cuma RM400/= sahaja. sahaja hehehe..bila dengar perkataan sahaja di hujung tu rasa sejuk sikit hati.walaupun berat tangan nak bayar.

Mak Su said...

klu x byr x per kot, sbb saman teropong jer... ntahlah...klu kena kat saya, mmg saya akan bayar gaks, takut terhutang.

Leenoh said...

Salam Mak Su.

Klu x bayar nanti kena senarai hitam... xboleh byr cukai jalan.

Dee said...

x penah ada saman trafik..sbb nan ado kereta..nan ado lesen..hehehe..

Leenoh said...

Salam Dee.

Tinggal di tengah KL...jalan kaki n naik LRT je...he3.

NaqeebLukhman said...

salam pak ngah........

ermmm kalau kena saman kena lah bayr kalau tak nanti waran tangkap pulak huhuhuu...........


biasanya kawan2 saya tunggu bonus hujung tahun buat bayar saman hehe........


habis bonus untuk saman ajer....... hmmmmmmmm mesti ada yang tak kena.............

Leenoh said...

Salam Naqeeb.

Ada yg kena sampai $3ooo/= lebih, masa Pk Ngah keja dulu bonus x sampai banyak tu.

Yg kena banyak tu syarikat kot, depa ada banyak kereta.

Nanti Pk Ngah keluarkan stika amaran pandu laju utk lekatkan di cermin depan..AMARAN SAMAN TRAFIK SEKALI NGAP RM200/= hehehe.

Pandu berhemat jiwa selamat.

Prof Azie said...

Salam, selalunya kalau mak ayah saya yang membayar saman, mereka akan buat rayuan selalunya menggunakan surat rayuan la. Dan memang akan dapat diskaun..

Leenoh said...

Salam Prof.Azie.

Selamat berjumpa semula, ke mana lama menghilang.

Terima kasih kerana memberi maklumat yang bermanfaat kepada kami, nanti bolehlah YB di atas yang kena RM900/= tu buat surat rayuan.

Dulu saya pernah bayar sekali, minta rayuan secara lisan ja dpt kurang... kali ini pegawai tu x cakap banyak pun...dia kata empat ratus encik, bila saya minta kurang...dia kata ...tak boleh sebab dah kurang, asalnya 300 dah kurang dah tu...tak tahulah kekadang..maklumat x sampai kpd pegawai bertugas...maka untunglah kerajaan..he3.