Sunday, January 17, 2010

Allah jadikan manusia berbagai-bagai bangsa untuk saling berkenalan.

Salam semua.

Apa sahaja ciptaan Allah di dunia ini adalah sebagai petunjuk dan dalil bagi menjuruskan
manusia ke arah mengenali-Nya serta mengabdikan diri kepada-Nya , juga mengenali di antara makhluk sesama makhluk. Allah menerangkan di dalam wahyu-Nya bahawa Allah jadikan manusia berbagai-bagai bangsa dan suku supaya mereka saling kenal mengenali di antara satu sama lain.

Firman Allah bermaksud:
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-la
ki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal".
Surah al.Hujurat (13)

Manusia wajib mengenal Allah sebab itulah segala kemudahan dan wasilah ke arah itu disediakan oleh Allah bukan sahaja sekadar wahyu yang telah disampaikan kepada Rasul-Rasul-Nya, malah lebih daripada itu , terpulanglah kepada manusia untuk memikirkannya.

Allah menjadikan manusia berbagai-bagai bangsa yang memliki wajah dan jasmani yang berbeza-beza di antara mereka sesama bangsa dan juga di antara bangsa-bangsa yang lain, orang Melayu berbeza fizikalnya dengan orang Cina, India, Siam, Arab dan lain-lain. Orang Melayu sesama Melayu pula berbeza wajahnya sesama mereka, walapun berasal dari satu bangsa, demikian juga dengan bangsa-bangsa lain, bukan sahaja wajah atau muka malah suara, bahasa yang digunakan, makanan, pakaian dan lain-lain aspek pun berbeza, semuanya ini adalah untuk menyenangkan manusia berkenalan sesama mereka.Kalau wajah dan warnanya serupa tentulah menyusahkan mereka mengenali di antara satu sama lain yang sama-sama hidup di dalam masyarakat yang begitu besar .Inilah Maha Bijaksananya Maha Pencipta iaitu Allah Tuhan sekalian alam .

Allah menyatakan dan menegaskan bahawa yang paling utama dan mulia ialah orang yang bertaqwa, Islam adalah ajaran yang membawa manusia ke arah tersebut, manusia perlu menghayati ajaran Islam bagi menguruskan diri mereka dan menangani perbezaan-perbezaan yang disebutkan di atas.
________________________

[23]
Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.

Surah Az.Zumar ( ayat 23 )
_________________________

Melayu, Arab, Cina, India dan lain-lain tidak akan hilang identitinya, adat dan budaya akan terserap dengan sendirinya di dalam budaya Islam.Islam hendaklah dijadikan payung besar bagi melindungi semua bangsa di dunia ini dan bangsa sudah tentulah merasai bahagia berada di bawahnya.

Sekadar hematku.
________________________

Kalau nak baca Klik entri ini.

Rabu, 2010 Januari 13

Diari - Keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan mengenai tuntutan penganut Kristian terhadap penggunaan kalimah Allah

Salam semua,

Tak sempat nak update apa-apa, just nak share keputusan muzakarah fatwa kebangsaan bagi hal ehwal ugama Islam mengenai penggunaan kalimah Allah untuk rujukan semua yang mencari-cari sandaran hukum mengapakah kalimah Allah hanya berhak digunapakai oleh orang Islam dalam memperihalkan Tuhan bagi orang Islam sahaja. Ini pun saya ambil dari blog membelaislam.wordpress.com. Semoga bermanfaat kepada yang membacanya.............
___________________________

Sekian.Wallahu aklam.

7 comments:

izan said...

leenoh,

sy prnh dengar tmpt yg paling mudah nk saling mengenali kaum ke kaum ialah di rumah Allah iaitu Mekah.... ketika disana semua umat nabi berkumpul menunaikan tanggungjawab yg sama..

Leenoh said...

Salam Izan.

Ya, benar itulah tempat perhimpunan manusia teragung di dunia.Itulah sebaik-baik contoh dan teladan yang patut diikuti di setiap negara di dunia..kiranya kita mampu berbuat demikian di dalam kehidupan kita harian dalam berbagai bidang alangkah baiknya.

Terima kasih kerana masih memberi komen di laman ini.Insya Allah saya akan ziarah laman anda.

NaqeebLukhman said...

salam pak ngah...

apa khabar...?


hmmmmmm saya pun kenal pak ngah melalui blog ajer belum berkesempatan untuk bertemu huhuhu

Leenoh said...

Salam Naqeeb.

Hahaha....kenal sebahagian isinya tetapi tak nampak dan tak kenal tongnya...
itupun doh come doh, Allah doh kighu doh silaturrahim tu...

KALAM JAUHARI said...

Salam tuan,
Saya dah cuba akses beberapa kali blog sdr zaidi ali tapi tak bleh. Tuan tau apa yang terjadi?

Leenoh said...

Salam Kalam Jauhari.

Beliau telah membuat perubahan - Klik perkataan "Long Tambang Pulau Betong" di atas sekali insya Allah akan berhasil.

Nanti saya maklum padanya.

Anonymous said...

Zaman sekarang ne..islam x bersatu.,malah sesamamislam pun dah berperang..n some of orang islam lebih memntingkan kaum dan tidak menerima saudara seislam..mereka lebih mementingkan hukum dan undang2 manusia...tanpa beelandaskan alqurang, sunnah dan hadis..dah ramai org islam yg islam yang hanya menilai dan menghukum sesuatunhanya berpandukan nafsu dan mencintai duniawi..sedih...