Tuesday, October 6, 2009

Jangan jaga tepi kain orang lain.


Salam semua.

Jangan jaga tepi kain orang l
ain.
Orang Melayu memang kaya dengan pepatah atau simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan dan sebagainya. " Jangan jaga tepi kain orang lain" salah satu pepatah atau simpulan bahasa yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat Melayu.

Pada keseluruhannya pepatah Melayu mampu menjadi penasihat dan pemangkin kebaikan masyarakat Melay
u tetapi pepatah yang tercatat di atas nampaknya tidak mampu berperanan demikian, malah bercanggah pula dengan ajaran Islam yang sentiasa menyuruh umatnya berpesan-pesan ke arah kebaikan dan menyeru ke arah kebaikan serta menyarankan supaya mewujudkan kumpulan manusia yang sentiasa menyeru kepada kebaikan dan makruf, dan mencegah kemungkaran.

Sebaliknya yang dilarang oleh Islam ke atas umatnya ialah perbuatan mengganggu, mengacau dan merosakan orang lain.Manakala perbuatan yang diartikan sebagai menj
aga, memelihara, melindungi untuk kebaikan adalah digalakkan.
@@@@@@@
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung".

Surah Ali.Imran ( ayat 104 )
@@@@@@@

Jangan jaga tepi kain orang lain. Simpulan
bahasa ini membawa maksud melarang kita membantu orang lain, membuat kebaikan kepada orang lain, menolong orang lain dan menegur kesalahan orang lain, semata-mata takut orang berkenaan tidak menerima kebaikan dan teguran atau pertolongan kita , lantas dibiarkan sahaja walaupun akibatnya kita telah mengetahui bahawa orang berkenaan akan menerima kaburukan dan kemusnahan terhadap dirinya dan keluarganya serta akhirnya akan merebak pula kepada masyarakat.

Atas prinsip tidak mahu menjaga tepi kain orang lain maka wujudlah masyarakat Melayu yang tidak proaktif dalam masyarakat sekampung atau setempat dan berjiran. Maka jadilah mereka seperti enau dalam belukar melepaskan pucuknya masing-masing.Kehidupan yang sejahtera memerlukan kehidupan yang bersifat bantu membantu seperti aur dengan tebing.
Islam juga menyuruh umatnya memberi pertolongan pada perkara kebaikan dan taqwa dan melarang umatnya memberi pertolongan antara satu sama lain pada perkara yang menyebabkan berdosa dan permusuhan.
Kepatuhan kepada pepatah ini telah menghasilkan anggota masyarakat yang pentingkan diri sendiri dan menyebabkan mereka tidak lagi hormat menghormati; orang muda tidak menghormati yang lebih tua, remaja melakukan salah laku di tempat yang berjauhan dengan ibu bapa dan tidak lagi menghiraukan orang di sekelilingnya dan tidak perlu risau teguran orang dewasa yang bukan saudara mara mereka , anak muda menghisab dadah, rempit motorsikal berkumpulan di jalan raya, lepak dan melakukan aktiviti yang tidak sihat dan seumpamanya.

Maka wujudlah gejala sosial yang merosakkan kehidupan masyarakat
yang rukun damai selama ini dan beralih pula kepada apa yang sedang kita alami sekarang. Gejala tersebut adalah di antara hasil anutan masyarakat kini terhadap pepatah yang tidak berfaedah tersebut.

Nampaknya kepatuhan kepada pepatah ini perlu diabaikan demi kebaikan masyarakat kita, khasnya untuk kebaikan genarasi akan datang.
Sekian.Wassalam.
















9 comments:

NaqeebLukhman said...

salam pak ngah ...

igtkan tadi pak ngah dah buka
kedai jual kain huhuhuhuhu

Leenoh said...

Salam.

Hahaha...nampaknya muqaddimah Pak Ngah tu menjadi gak.

Sengaja nak memerangkap sang google supaya mengarahkan kekawan ke teratak yang tidak sepertinya ini.

Kain itu sebagai umpan saja tepi kainnya dijaga dan tidak dikacau...he3

tinta kasturi said...

kupasan kreatif pemecah minda dan mentaliti kebiasaan begini bagus sekali.

supaya jiwa tak terkongkong dengan mentaliti nenek moyang yang perlukan transformasi.

setuju dgn artikel ini berdasarkan

"maka berilah peringatan kerana peringatn itu memberi manfaat kepada org2 mukmin" (51:55)

juga contoh dari rasulullah yg harus dicontohi

"Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin."(9:128)

izan said...

leenoh,

syg menyayang sesama makhluk...
yang aib dilindung... yang baik disebarkan mudahan mendapat manfaat.

Leenoh said...

Salam Tinta Kasturi.

Komen anda memberi dorongan, menyokong sesuatu yang baik adalah kebaikan jua.
Terima kasih semoga dimanfaatkan.

Leenoh said...

Salam Izan.

Betul.sesuatu yang aib perlu disembunyikan, sesuatu yang baik eloklah disebarkan.

Kita dihormati kerana Allah menutup keaiban dan keburukan kita yang telah lalu. Jika keaiban dan keburukan itu diserlahkan maka hilang rasa hormat orang lain kepada kita.

Kita disanjung kerana Allah berikan ilmu kepada kita, tanpa ilmu kita bukan sesiapapun.

Anonymous said...

Kalau setiap orang dalam dunia ni menjaga kebaikian diri masing-masing dan keluarga mereka sendiri dahulu sebelum menjaga tepi kain orang lain, maka takkan ada sebab untuk menegur atau menjaga tepi kain orang lain. It all starts with yourself.

Mohamed Tuah Sabtu said...

Assalamualaikum Cikgu. Maaf saya terlambat... tertinggal keretapi. Namun saya setuju sangat agar kita sebagai sebahagian dari anggota masyarakat saling ingat mengingati dan berpesan-pesan ke arah kebaikan dan menghalang kemungkaran.
Saya rindu kepada kehidupan semasa saya kecil di mana semua orang kita kenal dan kenalkan kita serta mengawasi setiap pergerakan kita agar kita tidak berkesempatan membuat sebarang kesilapan.... Namun pada masa ini, seandainya kita cuba mengamalkan cara hidup sebegitu biasanya kita akan dipinggirkan. Di mana silapnya?

Leenoh said...

Terima kasih Tuah kerana membacanya.