Tuesday, June 16, 2009

Nombor Rahsia Maksud Tersirat.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

24434
Hari ini tiada maklumat yang bermakna untuk disampaikan kepada anda semua, cuma saya ingin menghuraikan nombor rahsia yang merupakan salah satu ibarat yang tertera di atas kad yang dinukilkan oleh I LUVISLAM.COM. Nombor tersebut direkacipta susunannya oleh Hamba Allah yang tidak diketahui gerangannya. Nampaknya telah digunapakai sehingga kini. Ketika saya menjadi guru dahulu nombor ini memang saya juga gunakan untuk menarik perhatian para pelajar kepada kewajipan menunaikan solat.
Di mana solat itu diibaratkan oleh Nabi Muhammad.s.a.w. di dalam sabdanya sebagai tiang Ad.Din ( Islam ), runtuh tiang maka runtuhlah Islam, kata-kata itu boleh membawa perngertian bahawa sesiapa yang tidak menunaikan solat bermakna tiadalah Islam baginya. Solat merupakan rukun Islam yang kedua selepas mengucapkan dua kalimah syahadah, tiada alasan yang boleh diterima bagi seseorang Islam yang sengaja tidak menunaikan solat lima waktu.


Baiklah berbalik kepada nombor itu tadi, saya sering bertanya para pelajar tentang nombor tersebut bagi mengingatkan mereka jumlah rakaat bagi setiap waktu kerana dengan cara ini senanglah mereka mengingatinya. kita menggunakan nombor 999 untuk menghubungi Balai Bomba, dan 222 untuk menghubungi Balai Polis misalnya. Apakah nombor penting yang boleh kita hubungi Allah Taala. Soalan beginilah sering ditanya kepada para pelajar untuk mengingatkan mereka bahawa menunaikan solat itu amat penting dan wajib ditunaikan oleh mereka.

Sebelum itu konsep nombor 24434 itu telahpun dihuraikan kepada mereka iaitu nombor 2 itu ialah membawa maksud solat Subuh perlu ditunaikan sebanyak 2 rakaat. Zohor 4 rakaat, Asar 4 rakaat, Maghrib 3 rakaat dan Isyak 4 rakaat. Kemudian disatukan menjadi 24434. Itulah rahsia nombor tesebut.

Apabila seseorang itu menunaikan solat lima waktu dengan sempurna, bermakna individu tersebut telah menghubungi Allah dengan sempurna dan secara berjadual serta tertunailah kewajipannya kepada Allah.

Itulah juga yang dimaksudkan nombor rahsia makna tersirat yang tertera sebagai tajuk 'entry' ini.
Ada sesiapa yang belum mengetahuinya sebelum ini. Sebenarnya ini adalah pendekatan secara bergurau dan suka-suka serta main-main dengan kanak-kanak yang sememangnya suka pendekatan seperti ini.

Berguraulah selalu dengan anak-anak mengenai perkara ini.

Nampaknya dah panjang nanti jemu membacanya, hanya sekadar ini dahulu.

Sekian.Wassalam.

8 comments:

Ad Rifza said...

ic..camtu ke?..ingatkan no apa..hehe...alhamdulillah...moga anak2 memahami..malah org dewasa juga mengerti..

Leenoh said...

Salam Ad.Rifza.
Nombor bergurau tapi maknanya mendalam.

zaidi ali said...

Sarjana-sarjana Islam zaman pertengahan (700-1000 Masihi) memang pakar mengenai abjad dan nombor. Abjad Jawi berasal dari Yunani. Sarjana-sarjana Islam telah memecah kod ukiran pada Piramid Firaun dan terhasilah abjad jawi. Al-Khwarizmi pula telah menemui Algebra dan Logarithma dengan menkaji teks kuno dari India dan China. Sewaktu itu ilmu dituntut serata dunia lalu digabungkan dengan ilmu akidah lalu terciptalah ilmu yang kita pelajari sekarang. Sesungguhnya semua ilmu itu hak Allah SWT. Nantikan rencana "Science and Islam-part 2" di History Channel, Ahad 10.00 malam.

Leenoh said...

Salam Zaidi Ali.
Terima kasih atas informasi yang manfaant itu.
Kekadang kita terlupa bahawa sebahagian daripada istilah Sains dan matematik dihasilkan oleh orang Islam seperti aljibra, alkohol dll.

DrSam said...

salam Pak Ngah. Cara-cara kreatif begini memang amat berguna bagi menarik minat anak-anak (bahkan orang dewasa) terutama mendekati dan mendalami agama.

Saya pun tak perasan sebelum ini :) Terimakasih.

izan said...

Assalamualaikum leenoh,

sekadar teringat jenaka... bukan pun minat sangat rancangan ni ... tapi boleh lar dah duk sama mmg kena nonton sama...

raja lawak dari kumpulan mana dah lupa memang ada sebut nombor ni... puas juga nak menekakan sebab tak tau apa makna nombor yang dia sebut. (dia minta 4 nombor tapi dia bg 5)

bila dah dihuraikannya.... oooooo barulah terfikir.

:) citer2 santai ajer..

Leenoh said...

Salam Dr.Sam.
Memangpun budak-budak suka, lagipun senang ingat.

Leenoh said...

Salam Izan.
Saya pula tidak perasan kata ada lawak berkaitan, kalau ada pun munasabah kerana cerita inipun dah berlaku agaknya 30 tahun yang telah lalu.