Friday, April 17, 2009

Kebijaksanaan Pemimpin Mengikut Pandanganku.


ILMU ITU CAHAYA.
_____

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Pandangan ini boleh dianggap sebagai pandangan dan gambaran seorang yang berada di bawah bukit terhadap suasana bukit yang sama-sama diharungi oleh orang yang telah berada di atas bukit dan di pertengahan jalan atau telah berada di puncaknya. Keadaan bukit akan dilihat dengan berbagai pandangan dan juga berbagai sudut. Orang di atas bukit melihat orang di bawah bukit itu kelihatan kecil tanpa menyedari bahawa orang di bawah bukit juga melihat orang yang di atas bukit itu juga kecil kerana jarak penglihatan adalah sama, cuma arah sahaja berbeza iaitu satu pihak melihat ke bawah dan satu pihak lagi melihat ke atas. Mereka yang menyedari hakikat jarak dan kesan disebabkan oleh keadaan jarak itu, mereka itulah orang-orang yang bijak atau pemimpin yang bijak, agaknya itulah ibarat yang cuba saya tampilkan untuk direnungi.

Mereka yang di bawah mempunyai tanggungjawabnya yang tertentu dan mereka yang di atas mempunyai tanggungjawabnya yang lebih menyeluruh dan lebih berat.

Rencana ini ditulis oleh seorang yang tidak pernah menjadi pemimpin secara rasmi dan berprosedur yang mana ulasannya menyentuh mengenai pemimpin yang bijaksana. untuk memahami dan mempercayainya menuntut anda berfikir beberapa kali, tetapi tidak mengapa anda boleh meneruskan bacaan, mungkin tulisan ini akan menyetuh perkara-perkara yang anda minat.

Hanya Jauhari mengenal manikam.
Pada suatu pagi ketika masih bertugas sebaik sahaja sampai di sekolah saya dapati tiada siapa di pejabat. Ini bermakna kehadiran saya pada pagi itu merupakan kehadiran orang yang pertama pada hari tersebut, Kemudian barulah pengetua sekolah sampai dan inilah juga kali pertama saya melihat pengetua tersebut sebagai pengetua di sekolah ini kerana hari tersebut adalah hari beliau melaporkan diri dan beliau juga merupakan pengetua wanita pertama yang saya pernah berkhidmat di bawah pentadbirannya. Sebelum ini semuanya pengetua lelaki.

Kebetulan pada ketika itu sekolah kami ditugaskan menjadi Tuan Rumah bagi Pertandingan Bola Sepak Piala Raja Muda Kedah. Pada pagi tersebut beliau sempat menyatakan kerisauannya mengenai kesempurnaan persediaan program tersebut nanti. kerana katanya beliau samada semasa menjadi murid atau menjadi guru tidak pernah lagi merasai majlis yang melibatkan raja atau keluarga di raja yang memerlukan protokol tertentu. Kali ini pula beliau sendiri terus menjadi ketua dalam hal tersebut.

Selepas mendengar luahan tersebut, walaupun saya seorang yang berada di bawah bukit seperti dikatakan tadi rasa simpati terhadapnya tersentuh di hati dan dengan itu saya memberi beberapa pandangan kepadanya, sambil menasihatinya supaya jangan risau dengan meyakinkannya bahawa di sekolah ini kami mempunyai ramai guru-guru yang berpengalaman dalam berbagai bidang, Insya Allah mereka akan bekerja sebagai satu pasukan untuk membantu beliau nanti. Sudah tentu beliau juga mengetahui tentang kepakaran ini kerana sekolah ini adalah sekolah yang terletak di bawah kumpulan sekolah gred "A" , tetapi, mungkin beliau belum yakin dengan kerjasama yang akan diberikan kepadanya nanti. Ketika itu saya sendiri pun telah berpengalaman tidak kurang daripada 17 atau 18 tahun sebagai seorang guru.Mungkin sedikit daripada pandangan saya itu akan tersetuh juga deria mindanya ketika itu, berlebih-lebih lagi pada awal pagi, keadaan minda masih segar dan cerdas.

Cuba lihat responya bila pemimpin menyatakan beliau kurang arif di dalam suatu hal, pada saat itu juga anak buahnya tampil menolong, kata pepatah ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Inilah yang dimaksudkan "kebijaksaan pemimpin". beliau pandai menjaga egonya yang tertentu dan meleraikan ego yang tidak bermanfaat.
Saya mencadangkan kepada beliau supaya membuat perjumpaan terlebih dahulu dengan guru-guru yang pakar dalam bidang tersebut dan meminta pandangan mereka. Kemudian barulah satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengendalikan tugasan tersebut. Mungkin pandangan itu telahpun siap siaga di dalam mindanya, untuk meringkaskan cerita program tersebut berjaya dilaksanakan dengan cemerlang kerana beliau mendapat kerjasama sepenuhnya daripada anak buahnya,
_________

Hanya Jauhari mengenal manikam.

(Jauhari adalah seorang penilik atau penilai permata. Beliau adalah satu-satunya pakar yang pandai menilai samada permata itu intan, atau berlian ataupun sejenis manikam )
______________

Untuk Renungan

"Nabi mereka mengatakan kepada mereka:
"Sesungguhnya Allah telah mengangkat
Thalut menjadi rajamu". Mereka menjawab:
"Bagaimana Thalut memerintah kami,
padahal kami lebih berhak mengendalikan
pemerintahan daripadanya, sedang dia pun
tidak diberi kekayaan yang banyak?"
(Nabi mereka) berkata: "Sesungguhnya Allah
telah memilihnya menjadi rajamu dan
menganugerahinya ilmu yang luas dan
tubuh yang perkasa." Allah memberikan
pemerintahan kepada siapa yang
dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas
pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui".

Surah Al.Bagarah. ayat 247


_______

Disiplin.
Disiplin dan prestasi akademik para pelajar adalah kunci penghormatan dan maruah kepada sesebuah sekolah. Jika disiplin pelajar bermasalah dan prestasi akademik menurun akan memeningkan kepala semua guru, terutamanya pengetua sekolah. Apabila disiplin bermasalah ianya akan melibatkan akademik. Prestasi akan turut menurun.

Sifat pengetua yang tidak menyimpan ego yang sia-sia pada dirinya, maka senanglah bagi dirinya mendapatkan kerjasama daripada semua guru di sekolah tersebut dan mereka sangat selesa bekerja dan bertugas di bawahnya, permuafakatan di dalam kerja telah menjadi kukuh dan sentiasa bekerja di dalam satu pasukan.

Masalah disiplin dapat dibendung dan prestasi akademik dapat dipertingkatkan, kalau dibariskan dalam barisan pengetua, pengetua wanita ini bukanlah seorang pengetua yang tercorot, sebaliknya beliau di antara yang dihormati, terdapat pengetua lelaki yang mempunyai ego yang tinggi gagal mendapatkan kerjasama daripada guru-gurunya, guru-guru akan bekerja sekadar cukup makan sahaja. Begitulah juga bos dalam sektor yang lain akan menerima hasil atau natijah yang sama jika bersikap seperti yang dinyatakan tadi.

Tegasnya seorang pengetua atau bos yang menampilkan dirinya sebagai seorang yang mengetahui segala-galanya akan gagal memimpin anak buahnya serta gagal mendapatkan kerjasama mereka. Kerana hakikatnya tiada manusia yang tahu serba serbi. Tidak kira pemimpin itu di peringkat mana ianya akan gagal dan wawasannya tidak akan tercapai. Sesungguhnya pemimpin itu hanyalah pemudahcara kepada anak buahnya sahaja.

Sekian.Wallahu aklam. Wassalam.

______________

Ulasan anda dimanfaatkan:

Blogger Nurhani Salwa Binti Jamaluddin said...

Salam Pak Ngah,
Semasa saya beramal sebagai Peguam Sivil, saya perlu menghadiri Mahkamah2 sivil,bermula dari mahkamah rendah,hingga ke Mahkamah Tinggi, dan Rayuan. Saya diajar oleh Boss saya pada waktu itu, yang merupakan seorang lelaki pertengahan umur berbangsa Cina, bahawa walau sehebat manapun seseorang Hakim atau Peguam yang senior, tidak semua perkara/undang-undang mereka tahu.Pesanan tersebut betul2 memberi perangsang kepada saya, lebih2 lagi bila berdepan dengan peguam yang lebih senior atau Hakim2 Rayuan. Bermula dari detik itu, pesanan beliau saya sematkan sehingga kini. And its true, and happens elsewhere! Nowadays,my boss keep on calling me and instruct me to get details/opinion on the legal aspects of a matter, or to ask me to represent him in a meeting which related to law..

April 17, 2009 11:14 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam Hani.
Sebenarnya nukilan ini hanya menceritakan cerita benar yang telah berlaku di dalam kehidupan Pak Ngah semasa masih bertugas dahulu.

kisah seperti ini masih hidup segar di dalam minda. jadi diluahkan melalui maya ini untuk dibaca oleh sesiapa yang berminat, mungkin di sana terdapat beberapa perkara yang boleh dimanfaatkan.

Pak Ngah berpendapat menulis sesuatu yang boleh dimanfaatkan oleh seseorang adalah suatu kebajikan dan ianya juga berupa sumbangan.

Jika terdapat sesuatu yang kurang manis atau kurang menyenangkan perkara tersebut mungkin disebabkan kelemahan Pak Ngah mengatur ayat dan kata-kata kerana Pak Ngah bukanlah seorang pengarang yang mahir. Tetapi niat Pak Ngah tetap lillahi Taala.

Kekadang Pak Ngah terfikir tulisan Pak Ngah juga memerlukan teguran atau pandangan kedua untuk Pak Ngah menilai tahap faedahnya supaya ketika yang akan datang tulisannya akan menjadi lebih baik dan berkesan.

Respon Hani memang ditunggu-tunggu, insya Allah akan memberi manfaat kepada pembaca nanti.Hani telah pun mencapai kejayaan dan jagailah kejayaan tersebut supaya ianya akan bertambah baik dan mendapat keberkatan. Dalam hal tersebut Pak Ngah telah sampai ke titik noktahnya.

Seorang ketua yang mengakui beliau tidak ketahui aspek tertentu di dalam mesyuarat dengan cara yang bijaksana, respon anak buahnya sangat menyenangkan mereka kerana ketuanya dianggap orang yang tidak pura-pura dan diberi pujian pula serta menganggap ketuanya orang yang matang dan bijaksana. inilah yang Pak Ngah pernah lihat dan alami suatu masa dahulu.

Keadaan dan cara itu memang pun amat sesuai dengan kehendak dan kaedah syura yang dianjurkan oleh Islam.

April 18, 2009 12:18 AM

Delete

3 comments:

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin said...

Salam Pak Ngah,
Semasa saya beramal sebagai Peguam Sivil, saya perlu menghadiri Mahkamah2 sivil,bermula dari mahkamah rendah,hingga ke Mahkamah Tinggi, dan Rayuan. Saya diajar oleh Boss saya pada waktu itu, yang merupakan seorang lelaki pertengahan umur berbangsa Cina, bahawa walau sehebat manapun seseorang Hakim atau Peguam yang senior, tidak semua perkara/undang-undang mereka tahu.Pesanan tersebut betul2 memberi perangsang kepada saya, lebih2 lagi bila berdepan dengan peguam yang lebih senior atau Hakim2 Rayuan. Bermula dari detik itu, pesanan beliau saya sematkan sehingga kini. And its true, and happens elsewhere! Nowadays,my boss keep on calling me and instruct me to get details/opinion on the legal aspects of a matter, or to ask me to represent him in a meeting which related to law..

Leenoh said...

Salam Hani.
Sebenarnya nukilan ini hanya menceritakan cerita benar yang telah berlaku di dalam kehidupan Pak Ngah semasa masih bertugas dahulu.

kisah seperti ini masih hidup segar di dalam minda. jadi diluahkan melalui maya ini untuk dibaca oleh sesiapa yang berminat, mungkin di sana terdapat beberapa perkara yang boleh dimanfaatkan.

Pak Ngah berpendapat menulis sesuatu yang boleh dimanfaatkan oleh orang seseorang adalah suatu kebajikan dan berupa sumbangan.

Jika terdapat sesuatu yang kurang manis atau kurang menyenangkan perkara tersebut mungkin disebabkan kelemahan Pak Ngah mengatur ayat dan kata-kata kerana Pak Ngah bukanlah seorang pengarang yang mahir. Tetapi niat Pak Ngah tetap lillahi Taala.

Kekadang Pak Ngah terfikir tulisan Pak Ngah juga memerlukan teguran atau pandangan kedua untuk Pak Ngah menilai tahap faedahnya supaya ketika yang akan datang tulisannya akan menjadi lebih baik dan berkesan.

Respon Hani memang ditunggu-tunggu, insya Allah akan memberi manfaat kepada pembaca nati.Hani telah pun mencapai kejayaan dan jagailah kejayaan tersebut supaya ianya akan bertambah baik dan mendapat keberkatan. Dalam hal tersebut Pak Ngah telah sampai ke titik noktahnya.

Seorang ketua yang mengakui beliau tidak ketahui aspek tertentu di dalam mesyuarat dengan cara yang bijaksana, respon anak buahnya sangat menyenangkan mereka kerana ketuanya dianggap orang yang tidak pura-pura dan diberi pujian pula serta menganggap ketuanya orang yang matang dan bijaksana. inilah yang Pak Ngah pernah lihat dan alami suatu masa dahulu.

Keadaan dan cara itu memang pun amat sesuai dengan kehendak dan kaedah syura yang dianjurkan oleh Islam.

Emilio said...

http://deciloquequierass.blogspot.com/

Good Bloog my friend!! Congratulations!!

good luck!! See you!