Monday, February 16, 2009

Darah Tinggi dan Pengalamanku.

Dr.Elmi sedang menunggu hendak ke kedai he he he.
______________________________________________


Assalamualaikum/salam sejahtera.

Pada hari ini (16.02.2009) saya teringat dan teringin menulis tentang pengalaman yang telah lalu. Semua manusia di atas muka bumi ini berpengalaman dan pernah mengalami sakit, cuma Raja Firaun sahaja yang dikatakan tidak pernah sakit tetapi dia juga mengalami sakit hati, apabila Allah menduganya dengan bermimpi bahawa akan ada seorang lelaki akan merampas kuasanya, tegasnya semua manusia mengalami dugaan Allah, hanya berbeza kadar dugaan sahaja, ada yang berat, ada yang sederhana dan ada yang ringan. Inilah pagar-pagar penjara yang menghalang kita daripada bergerak bebas serta menyedarkan kita bahawa manusia itu sebenarnya lemah, semua makhluk adalah lemah.

Electric Foot Massager

( Inilah alat yang saya gunakan setiap hari )

Pada awal tahun 90an saya mengalami sakit kepala yang agak luar biasa daripada kesakitan yang pernah saya alami sebelumnya. Saya beranggapan penyakit migrain yang sememangnya wujud sejak lama dulu semakin mengganas, untuk meringkas cerita, rupa-rupanya yang sakit itu sebenarnya bukan migrain tetapi pendatang baru yang tidak pernah diundang, iaitu penyakit darah tinggi. Ini disahkan oleh doktor. Oleh kerana saya sering sakit kepala sejak zaman kanak-kanak lagi, Setiap kali kedatangan sakit kepala saya tidak terlintas untuk pergi berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan kerana sebelum inipun telah lumat saya lalui pintu bilik doktor sama ada kerajaan atau swasta termasuk doktor pakar untuk membuat rawatan.

Vibrating Massager TPE 1328


Akhirnya dengan izin Allah sakit kepala ( migrain ) yang sering menyerang saya itu lega dan sembuh dengan sabit saya mengamalkan minuman Teh Dr.Rooibos (Rooibos Tea ), sejenis minuman kesihatan, bersyukur kepada Allah tidak terkira. Setelah hilang penyakit sakit kepala, keadaan kesihatan belum lagi bebas daripada dugaan Allah, penyakit darah tinggi masih menguasai diri. Bila terantuk barulah saya tengadah. Kemudiannya barulah saya pun mengambil berat tentang hal-hal yang berkaitan dengan penyakit darah tinggi ini, tentang cara rawatannya, keadaan atau sifat darahnya, makanan yang boleh meningkatkan lagi tekanan darah saya cuba kenali supaya dapat dielak dari mengambilnya dan lain-lain. Di samping itu saya tidak ketinggalan membuat senaman untuk mencairkan darah setiap pagi atau petang.

Secara kebetulan pada suatu hari saya pergi ke Pasaraya Giants dan menghampiri gerai atau tapak menjual berbagai mesin mengurut badan yang berada di bahagian hadapan pasaraya tersebut,
Mesin tersebut berfungsi melegakan berbagai penyakit, salah satu daripadanya ialah mencairkan darah atau melegakan dan merawat darah tinggi. Ketika itu syarikt tersebut sedang melancarkan jualan murah atau jualan dengan berbagai tawaran. Saya membuat keputusan membelinya, harga mesin tersebut RM1600 +, Mesin Electric Foot Massager ( Hinano ) dengan alatan iringan --" Vibrating Massager (VIM 1388), Pressur Monitor, Vibrating Massager (TPE 1328). ( kalau tiada tawaran bermakna tiadalah alatan iringan )
Pressur Monitor


Setelah saya menggunakan alat ini selama lebih sebulan iaitu Mesin Electric Foot Massager kesihatan saya telah pulih semula dan tekanan darah berada di paras yang diistilahkan sebagai tidak berdarah tinggi, bacaan biasa yang saya dapati di antara contohnya ( 130/80, 135/85. 125/80 ) tegasnya bacaan sentiasa berada di bawah 150/80. dan tidak lagi mengalami pening atau sakit kepala. Sekali lagi saya bersyukur kepada Allah Taala. Selepas saya pos entri ini sekejap lagi saya akan mesin urut kaki selama 5 minit dan tapak tangan selama 5 minit juga, mesin-mesin yang lain saya jarang pakai, hanya tersimpan terperosok di tepi katil, itulah tempat yang paling senang kalau hendak diambil dan digunakan peralatan tersebut.

Vibrating Massager VIM-1388

Saya paparkan alat-alat ini bukan untuk mengiklankan jenama tersebut, tujuan saya cuma ingin mendedahkan bahawa penyakit darah tinggi ini kekadang bagi sesetengah pesakit boleh dirawati, di samping mematuhi pantang larang cara pengambilan makanan pada setiap hari.

Setakat ini dulu kerana saya hendak ke kedai bersama doktor di atas tu, baca dulu ye nanti saya murnikan kemudian.

Peringatan:
Sdri.Dee baca, jangan tak baca.( perkembangan terkini Dee dah baca dan dah beri komenpun ).

Sekian.

Wassalam. Allah Maha Mengetahui.

_______________________________________

Ulasan kekawan blog.

February 17, 2009 12:39 PM

Delete
Blogger Dee said...

waa..napa tiba2..ada peringatan untuk sy?

adakah sy makhluk yg terkena darah tinggi..tidak!! sy terkena darah rendah adalah..

sy selalu gi refleksiologi..bukankah itu sudah cukup membantu peredaran darah sy..cukup x saudara leenoh?

February 17, 2009 1:49 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Kan hari tu Dee minta saya cerita pasal mesin urut tu, ha inilah caritanya. yalah untuk kebaikan kekawan kita sama, cerita kebaikan macam ni, macam berdakwah la juga, terima kasih atas respon yang diberikan.

Patutlah dia makan macam-macam, memanglah orang yang mempunyai tekanan darah rendah boleh makan macam-macam dan digalakkan makan seperti kerang, daging dan lain-lain, ok ok tanya Dee. dia lebih tahu.
wassalam.

February 17, 2009 2:11 PM

Delete
Blogger Mak Su said...

mungkin sesuai juga utk saya, kadang2 saya kena migrain

February 17, 2009 4:05 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Mak Su,
Kalau tak sesuai yang ini beli kerusi sandar yang RM7,000 + tu, he he he , kalau ada duit apa salahnya.
Orang migrain biasanya banyak angin dan angin naik ke kepala dan terperangkap di sana, Insya Allah migrain akan hilang kalau aliran darah berjalan lancar.
Wassalam.

February 17, 2009 4:29

Anonymous yatt said...

insyAllah ada rezeki nak beli lerr mesin ni tuk bonda..bonda saya dah bertahun2 mkn ubat darah tinggi..tp idak gak elok2 pun..
mungkin faktor usia n pemakanan..

February 18, 2009 11:37 AM

Sdri. Yatt.

Delete
Blogger DrSam said...

memang resam manusia bila terantuk baru tergadah. begitu juga saya. dulu tak pernah kena gout, bila dah kena baru berjaga-jaga. ingatan untuk diri saya dan semua.

February 18, 2009 11:40 AM


Delete



10 comments:

Leenoh said...

Ya belum ada komen andalah orang yang pertama.
Wassalam.

Dee said...

waa..napa tiba2..ada peringatan untuk sy?

adakah sy makhluk yg terkena darah tinggi..tidak!! sy terkena darah rendah adalah..

sy selalu gi refleksiologi..bukankah itu sudah cukup membantu peredaran darah sy..cukup x saudara leenoh?

Leenoh said...

Kan hari tu Dee minta saya cerita pasal mesin urut tu, ha inilah caritanya. yalah untuk kebaikan kekawan kita sama, cerita kebaikan macam ni, macam berdakwah la juga, terima kasih atas respon yang diberikan.
wassalam.

Mak Su said...

mungkin sesuai juga utk saya, kadang2 saya kena migrain

Leenoh said...

Mak Su,
Kalau tak sesuai yang ini beli kerusi sandar yang RM7,000 + tu,he he he , kalau ada duit apa salahnya.
Orang migrain biasanya banyak angin dan angin naik ke kepala dan terperangkap di sana, Insya Allah migrain akan hilang kalau aliran darah berjalan lancar.
Wassalam.

yatt said...

insyAllah ada rezeki nak beli lerr mesin ni tuk bonda..bonda saya dah bertahun2 mkn ubat darah tinggi..tp idak gak elok2 pun..
mungkin faktor usia n pemakanan..

DrSam said...

memang resam manusia bila terantuk baru tergadah. begitu juga saya. dulu tak pernah kena gout, bila dah kena baru berjaga-jaga. ingatan untuk diri saya dan semua.

Ummi Iman said...

Askm. Singgah dan Follow sini. Blog yg berilmu :)
Saya juga sedang minum roibos tea dan guna mesin urut kaki di atas tu... Semoga BP saya kembali normal. Insyaallah

sue said...

salam. mane nak beli rooibos tea tu? boleh share maklumat?

Leenoh said...

wsalam.
Saya beli di Pasaraya Giant